31 May 2012

Rezeki yang dipinjamkan


Assalamualaikum.


Untuk menghasilkan satu entry di blog adalah sangat sukar rupanya. Baru ku tahu. 
Sebab ia memerlukan patient and passion. Belum ditambah dengan gangguan-gangguan lain seperti 
kemengantokan dan kelaparan tahap maksimum. Oh nangis.


Lagipun kalau boleh entri yang dihasilkan itu biarlah ada sedikit pengisian.


Sebut pasal pengisian, teringat ilmu. Sebut pasal ilmu, teringat rezeki. Rezeki yang kita dapat pada hari ini adalah anugerah yang dipinjamkan sementara oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Alhamdulillah syukur. Rezeki yang dimaksudkan bukanlah setakat wang ringgit semata-mata Tetapi ilmu yang dilimpahkan, pekerjaan yang tetap,anak-anak yang ramai, kesihatan yang baik, kesempatan yang ada, semua tu rezeki. Mungkin kita tak nampak dan tak dapat sentuh, tapi kita dapat rasa. Tambah-tambah lagi kalau Allah dah tarik balik semua tu baru kita nak rasa kehilangan, baru nak rasa bersyukur.


Nampak macam mudah diperkatakan, tetapi itulah kenyataan. Peringatan untuk diri sendiri juga, untuk bersyukur dengan rezeki yang ada. Betapa Allah sayangkan kita, andai kita leka atau lupa untuk mengingati Dia ketika senang, jadi Dia memberi kita sedikit ujian. Supaya sekurang-kurangnya kita akan ingat Dia ketika susah.


Kesimpulannya, rezeki itu hanya dipinjamkan. Untuk kita membelanjakan ke jalan yang betul.
Apalah gunanya wang ringgit yang banyak andai kita tak dapat meringankan beban yang memerlukan.
Apalah gunanya kesempatan yang ada andai kita tak dapat meluangkan masa dengan yang tersayang.


Sama-sama kita renungkan.