05 November 2012

Bermulanya SPM 2012


Assalamualaikum.

Tidakkah terasa sangat susah nak keluarkan satu entry seperti susahnya nak mendecide nak makan apa setiap malam.
Nampak. Ini bukan auta.

Sepuluh tahun rupanya dah berlalu. Sepuluh tahun rupanya dah meninggalkan sekolah menengah.
Ya, SPM baru bermula hari ini dan terasa seperti baru semalam aku ambil SPM. Cepatnya masa berlalu. See, how time flies.

Adik bongsu aku, Afdzal Hakimi Abdul Aziz yang menjalani kertas Bahasa Melayu SPM hari ini. Semoga beliau tabah. Setabah kakaknya dahulu. Eh.
Semoga Allah mempermudahkan jalannya untuk terus cemerlang dan terbilang. Insha Allah.

10 tahun ni banyak perkara yang dah berlaku. Yang manis, yang pahit, yang masin, yang tawar dan yang tiada rasa pun banyak.
Banyak pencapaian dan banyak juga kehilangan. Banyak tawa dan banyak juga air mata. Yang mana setiap satu sangat berharga, Alhamdulillah.

p/s: mahu upload gambar ketika di Tingkatan 5.

31 May 2012

Rezeki yang dipinjamkan


Assalamualaikum.


Untuk menghasilkan satu entry di blog adalah sangat sukar rupanya. Baru ku tahu. 
Sebab ia memerlukan patient and passion. Belum ditambah dengan gangguan-gangguan lain seperti 
kemengantokan dan kelaparan tahap maksimum. Oh nangis.


Lagipun kalau boleh entri yang dihasilkan itu biarlah ada sedikit pengisian.


Sebut pasal pengisian, teringat ilmu. Sebut pasal ilmu, teringat rezeki. Rezeki yang kita dapat pada hari ini adalah anugerah yang dipinjamkan sementara oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Alhamdulillah syukur. Rezeki yang dimaksudkan bukanlah setakat wang ringgit semata-mata Tetapi ilmu yang dilimpahkan, pekerjaan yang tetap,anak-anak yang ramai, kesihatan yang baik, kesempatan yang ada, semua tu rezeki. Mungkin kita tak nampak dan tak dapat sentuh, tapi kita dapat rasa. Tambah-tambah lagi kalau Allah dah tarik balik semua tu baru kita nak rasa kehilangan, baru nak rasa bersyukur.


Nampak macam mudah diperkatakan, tetapi itulah kenyataan. Peringatan untuk diri sendiri juga, untuk bersyukur dengan rezeki yang ada. Betapa Allah sayangkan kita, andai kita leka atau lupa untuk mengingati Dia ketika senang, jadi Dia memberi kita sedikit ujian. Supaya sekurang-kurangnya kita akan ingat Dia ketika susah.


Kesimpulannya, rezeki itu hanya dipinjamkan. Untuk kita membelanjakan ke jalan yang betul.
Apalah gunanya wang ringgit yang banyak andai kita tak dapat meringankan beban yang memerlukan.
Apalah gunanya kesempatan yang ada andai kita tak dapat meluangkan masa dengan yang tersayang.


Sama-sama kita renungkan.

02 January 2012

Selamat Datang 2012.

Assalamualaikum..

Dengan lafaz bismillahi rahmanirahimm ku buka blog ni sebagai pembuka tirai 2012. Tahun baru, memori baru maka blog juga nak baru,

Kalau yang perasan, dahulu aku pernah ada blog tetapi disebabkan sudah lama ditinggalkan, jadi dah berkubur. Dah diabaikan. Sedih jugak.

So, let starts with a new beginning. Insyaallah.